Tuesday, May 12, 2009

(KULIAH 4) PROSES KAJIAN KEPUSTAKAAN



1. MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN : melihat dari sudut persamaan atau perbezaan yang terdapat di dalam sesuatu bahan bacaan yang dibaca sama ada dari sudut ciri-ciri, sifat, kualiti, mahupun unsur sesuatu perkara.

2. MENGANALISA : sesuatu maklumat dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil bagi memudahkan pengkaji memahami konsep atau teori sesuatu maklumat yang sedang dikaji.

3. MENILAI : sesuatu maklumat itu dinilai dari sudut kebaikan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. namun, mestilah berdasarkan BUKTI atau DALIL yang sah. Proses menilai biasanya dilakukan ketika pengkaji di dalam situasi untuk memilih sesuatu maklumat, serta ketika ingin menerima atau menolak sesuatu fakta atau idea.

4. MEMBUAT KESIMPULAN : selepas selesai 3 proses di atas, pengkaji perlu membuat kesimpulan keseluruhan mengenai hasil kajian yang dilakukan berdasarkan hipotesis. Tujuannya adalah untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal serta untuk menyokong sesuatu pernyataan.

5. MENSINTESIS : merupakan aras yang agak sukar di mana pengkaji perlu menggabungjalinkan di antara idea-idea yang diperolehi, unsur-unsur, item-item dan perkara yang berasingan untuk membentuk satu jalinan penyataan yang menyeluruh sama ada dalam bentuk essei, lakaran, dan sebagainya.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete