Tuesday, May 26, 2009

3 JURNAL : PERSAMAAN VS PERBEZAAN

JURNAL 1 : A Tool For Improving Teacher Quality And Classroom Practice. Katherine A. O'Connor, H. Carol Grene, & Patricia J. Anderson (Department of Curriculum and Instruction, East Carolina University).

JURNAL 2 : Collaborative Learning & Peer Review In Special Education. Rachael Hanson (EDUC 480).

JURNAL 3 : Classroom Personas : An Action Research Project. Gareth Morgan, & Kristen McDonald (British Council, Singapore)



SKOP KAJIAN :

JURNAL 1 : Melihat keberkesanan melaksanakan kajian tindakan dalam membantu meningkatkan strategi pengajaran guru.

JURNAL 2 : Melihat keberkesanan pembelajaran secara usaha sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik dan tahap penguasaan pelajar dalam penulisan.

JURNAL 3 : Menguji keberkesanan satu teknik P&P yang dibentuk iaitu "Anecdotal Circles" yang memfokuskan kepada penglibatan pelajar secara menyeluruh dengan cara berkongsi pengalaman dan cerita untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.



INSTRUMEN / SAMPEL KAJIAN :

JURNAL 1 : Kajian dilakukan ke atas 51 orang pelajar sarjana sama ada pengajian sepenuh masa atau separuh masa dalam bidang pendidikan (sekolah rendah).

JURNAL 2 : Tidak dinyatakan bilangan responden yang terlibat. Hanya dinyatakan bahawa setiap sesi pembelajaran melibatkan 2 orang pelajar yang berlainan.

JURNAL 3 : Juga tidak disebutkan jumlah responden yang terlibat. pengkaji hanya menyebutkan bahawa di dalam setiap circle seramai 8-11 pelajar terlibat. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah kawasan pedalaman.

TEMPOH KAJIAN :

JURNAL 1 : Setiap pelajar perlu mendaftar dua sesi kursus (daftar kursus pertama terlebih dahulu) berkaitan dengan kajian tindakan untuk tempoh 1 tahun (2 semester).

JURNAL 2 : Tidak dinyatakan secara jelas. Tetapi, pengkaji hanya menyatakan bahawa kajian dilakukan pada 2 sesi pembelajaran dalam 1 minggu.

JURNAL 3 : Juga tidak dinyatakan tetapi hanya menyebut bahawa kajian selesai selepas pelajar berjaya menamatkan 3 tahap pembelajaran yang ditetapkan.



METODE KAJIAN :

JURNAL 1 : Pengkaji telah menyediakan dua kursus wajib yang perlu didaftar oleh setiap pelajar sarjana pendidikan.

  1. Fasa 1 : pelajar didedahkan tentang pengenalan kepada kajian tindakan, membuat proposal kajian, dan seterusnya menyiapkan kajian tersebut.
  2. Fasa 2 : pelajar perlu menilai semula kajian yang telah mereka lakukan (refleksi).

JURNAL 2 : 2 orang pelajar dipanggil ke hadapan secara sukarela untuk menulis satu cerita mengenai sesuatu topik. Kemudian mereka akan bertukar-tukar cerita dan membaca cerita rakan (pasangan). Mereka diminta untuk mengenalpasti dan menyebutkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan di dalam karangannya dan seterusnya memberikan cadangan untuk penambahbaikan. Selepas itu, pengkaji akan memberikan borang penilaian kepada kedua-dua pelajar tersebut untuk memberikan komen dan pandangan mengenai sesi pembelajaran tersebut dari sudut positif dan negatif.

JURNAL 3 : Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil (8-11 orang) dan duduk di dalam 1 bulatan. Setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator dan seorang pencatat yang akan mencatat sebarang cadangan atau isi penting yang terdapat di dalam perbincangan pelajar.

  1. Tahap 1 : Sesi pembelajaran dijalankan dengan cara setiap pelajar perlu menceritakan pengalaman pendidikan mereka sebelum ini di dalam bahasa Inggeris seorang demi seorang dalam bentuk forum terbuka.

  2. Tahap 2 : kumpulan tadi dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil dan sesi pembelajaran yang sama dilakukan.

  3. Tahap 3 : pelajar diminta untuk menulis pengalaman mereka secara individu.


MENGUMPUL DATA :

JURNAL 1 : Berbentuk KUALITATIF berdasarkan soal selidik ke atas pelajar.

JURNAL 2 : Juga berbentuk KUALITATIF. Data-data diperolehi dari 4 sumber iaitu :

  1. Borang soal selidik.
  2. Penilaian tahap pelajar sebelum dan selepas sesi pembelajaran.
  3. Pandangan pelajar.
  4. Temuramah guru kelas.

JURNAL 3 : Juga berbentuk KUALITATIF iaitu data-data yang dicatat oleh pencatat ketika sesi perbincangan di antara pelajar dijalankan.



MENGANALISIS DATA :

JURNAL 1 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan soal selidik yang diedarkan dengan melihat respon dan pandangan pelajar mengenai faedah yang mereka perolehi daripada projek kajian tindakan yang dibuat.

JURNAL 2 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan 4 kaedah pengumpulan data yang telah dijalankan :

  1. Classroom observation : melihat kekerapan pelajar yang tidak memberikan tumpuan dan emosi ketika sesi pembelajaran.

  2. Before & after (student's writing) : menilai perubahan tahap penulisan pelajar sebelum dan selepas sesi pembelajaran. Dilihat dari 2 aspek iaitu mekanikal penulisan dan kandungan penulisan mereka.

  3. Student opinion survey : melihat adakah pelajar menerima pembelajaran secara kolaboratif tersebut dengan positif atau negatif.

  4. Teacher interview : melihat adakah guru menerima baik kaedah ini dalam membantu memudahkan tugas guru meningkatkan pemahaman pelajar.

JURNAL 3 : Tidak dinyatakan.



HASIL KAJIAN / KESIMPULAN :

JURNAL 1 : Kesan yang positif. Kajian tindakan diterima sebagai satu kaedah yang dapat meningkatkan mutu pengajaran guru.

JURNAL 2 : Kesan yang negatif di peringkat awal dan akhirnya membawa kepada positif. Pelajar pada mulanya agak kurang memberikan kerjasama kepada aktiviti yang dijalankan tetapi lama kelamaan mereka mula meminati kaedah kolaboratif ini.

JURNAL 3 : Kesan yang positif. Mutu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dari 1 sesi ke 1 sesi sentiasa menunjukkan peningkatan.



CADANGAN :

JURNAL 1 : Pengkaji tidak memberikan sebarang cadangan di akhir kajian.

JURNAL 2 : Pengakaji mengutarakan cadangan yang berbentuk pembaharuan dalam P&P iaitu membina format P&P yang berbentuk kolaboratif.

JURNAL 3 : Pengkaji menyenaraikan beberapa cadangan yang berbentuk nasihat dan motivasi kepada para guru iaitu menyentuh tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap guru ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.



ETIKA KAJIAN :

JURNAL 1 : Tidak dinyatakan.

JURNAL 2 : Pengkaji menyenaraikan 2 etika yang digariskan dalam menjalankan kajian ini iaitu :

  1. Pelajar terlibat secara sukarela (bukan secara paksa) bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati di antara pelajar ketika sesi komen dan kritik ke atas karangan rakan.

  2. Panduan menjawab soalan "opinion survey" : mereka perlu memberikan pandangan yang positif dan negatif untuk mewujudkan kesamarataan dan tidak berlaku bias dalam mengumpul maklumat.

JURNAL 3 : Tidak dinyatakan.

No comments:

Post a Comment