Tuesday, May 12, 2009

PUNCA MENOLAK PERUBAHAN

Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mareka yang gagal untuk berubah akan ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada melakukan perubahan, menerima perubahan, baik perubahan dari luar, mahupun perubahan dari dalam.

Amaran perdana menteri malaysia, Dr Mahathir Mohamad "kejayaan atau kegagalan seseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri. Bangsa yang dikelilingi oleh keadaan yang menekan (force) boleh berjaya sedangkan bangsa yang mempunyai negara yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah".

Terdapat banyak sebab mengapa manusia menolak perubahan pendidikan. Penolakan perubahan pendidikan ini dapat dikategorikan kepada faktor masyarakat , kepentingan politik dan agama.

Apa yang tidak diketahui akan menyebabkan ketakutan dan mendorong penolakan. Penstrukturan semula organisasi, perubahan dasar pendidikan dan lain-lain akan menyebabkan seseorang tidak pasti akan kesannya kepada pekerjaan mereka. Manusia mahu rasa terjamin dan boleh mengendalikan perubahan itu.

Tidak mengetahui sebab perubahan itu juga akan menyebabkan perubahan tidak dapat diterima. Malahan , seringkali tidak jelas kepada mereka yang terbabit mengapa perubahan itu perlu. Perubahan mungkin juga menghasilkan pengurangan faedah atau kehilangan kuasa.

Zon selesa. Seringkali ahli organisasi berada dalam zon selesa. Zon selesa ialah suatu keadaan di mana individu berada dalam keadaan tenang, terjamin dan selamat. Rasa selamat dan perasaaan serba cukup itu menyebabkan seseoarang itu tidak mahu melakukan perubahan. Hanya tekanan yang jitu sahaja dapat meransang motivasinya untuk berubah. Sesetengah organisasi terpaksa menerima perubahan.

Faktor kecemasan fizikal yang berkaitan ialah :
  1. Seorang guru meninggal dunia – memerlukan perubahan di sekolah.
  2. Bangunan sekolah terbakar – perubahan terpaksa dilakukan.
  3. Satu kilang yang besar secara tiba-tiba menutup operasi – perubahan pendidikan terpaksa dilakukan.

Berfikirlah secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul dengan tiba-tiba dan memerlukan perubahan sebagai satu peluang. Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sistem itu , ia akan ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan itu akan ditentang dengan kuat.


sumber : "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan"

No comments:

Post a Comment