Tuesday, May 26, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4


LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN


TAJUK PEMBENTANGAN : Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Pelajar Berkeperluan Khas.
NAMA PEMBENTANG : Safani Bari, Mohd Taib Harun, & Norlena Salamuddin
SESI SELARI/ POSTER : Poster 13
TARIKH/ HARI : 20 Mei 2009 / Rabu
MASA : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
PENCATAT : Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004


INTISARI PEMBENTANGAN:
  • Pendidikan jasmani suaian adalah satu kursus secara teori dan amali mengenai pendidikan jasmani yang diubahsuai untuk golongan khas dan diperkenalkan di Fakulti Pendidikan, UKM pada 1995 bagi pelajar Sarjanamuda dalam bidang pendidikan khas.

  • Pendidikan jasmani bagi pelajar golongan khas dapat menggalakkan kesejahteraan emosi, mengurangkan tekanan mereka dan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani berbanding mata pelajaran yang lain.

  • Kewujudan pelbagai halangan dan masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani bagi pelajar khas menyebabkankan aktiviti fizikal ini tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. (guru tidak terlatih, prasarana tidak lengkap, pelajar terlalu ramai, cuaca, masalah komunikasi dsb)

3 JURNAL : PERSAMAAN VS PERBEZAAN

JURNAL 1 : A Tool For Improving Teacher Quality And Classroom Practice. Katherine A. O'Connor, H. Carol Grene, & Patricia J. Anderson (Department of Curriculum and Instruction, East Carolina University).

JURNAL 2 : Collaborative Learning & Peer Review In Special Education. Rachael Hanson (EDUC 480).

JURNAL 3 : Classroom Personas : An Action Research Project. Gareth Morgan, & Kristen McDonald (British Council, Singapore)



SKOP KAJIAN :

JURNAL 1 : Melihat keberkesanan melaksanakan kajian tindakan dalam membantu meningkatkan strategi pengajaran guru.

JURNAL 2 : Melihat keberkesanan pembelajaran secara usaha sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik dan tahap penguasaan pelajar dalam penulisan.

JURNAL 3 : Menguji keberkesanan satu teknik P&P yang dibentuk iaitu "Anecdotal Circles" yang memfokuskan kepada penglibatan pelajar secara menyeluruh dengan cara berkongsi pengalaman dan cerita untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.



INSTRUMEN / SAMPEL KAJIAN :

JURNAL 1 : Kajian dilakukan ke atas 51 orang pelajar sarjana sama ada pengajian sepenuh masa atau separuh masa dalam bidang pendidikan (sekolah rendah).

JURNAL 2 : Tidak dinyatakan bilangan responden yang terlibat. Hanya dinyatakan bahawa setiap sesi pembelajaran melibatkan 2 orang pelajar yang berlainan.

JURNAL 3 : Juga tidak disebutkan jumlah responden yang terlibat. pengkaji hanya menyebutkan bahawa di dalam setiap circle seramai 8-11 pelajar terlibat. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah kawasan pedalaman.

TEMPOH KAJIAN :

JURNAL 1 : Setiap pelajar perlu mendaftar dua sesi kursus (daftar kursus pertama terlebih dahulu) berkaitan dengan kajian tindakan untuk tempoh 1 tahun (2 semester).

JURNAL 2 : Tidak dinyatakan secara jelas. Tetapi, pengkaji hanya menyatakan bahawa kajian dilakukan pada 2 sesi pembelajaran dalam 1 minggu.

JURNAL 3 : Juga tidak dinyatakan tetapi hanya menyebut bahawa kajian selesai selepas pelajar berjaya menamatkan 3 tahap pembelajaran yang ditetapkan.



METODE KAJIAN :

JURNAL 1 : Pengkaji telah menyediakan dua kursus wajib yang perlu didaftar oleh setiap pelajar sarjana pendidikan.

  1. Fasa 1 : pelajar didedahkan tentang pengenalan kepada kajian tindakan, membuat proposal kajian, dan seterusnya menyiapkan kajian tersebut.
  2. Fasa 2 : pelajar perlu menilai semula kajian yang telah mereka lakukan (refleksi).

JURNAL 2 : 2 orang pelajar dipanggil ke hadapan secara sukarela untuk menulis satu cerita mengenai sesuatu topik. Kemudian mereka akan bertukar-tukar cerita dan membaca cerita rakan (pasangan). Mereka diminta untuk mengenalpasti dan menyebutkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan di dalam karangannya dan seterusnya memberikan cadangan untuk penambahbaikan. Selepas itu, pengkaji akan memberikan borang penilaian kepada kedua-dua pelajar tersebut untuk memberikan komen dan pandangan mengenai sesi pembelajaran tersebut dari sudut positif dan negatif.

JURNAL 3 : Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil (8-11 orang) dan duduk di dalam 1 bulatan. Setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator dan seorang pencatat yang akan mencatat sebarang cadangan atau isi penting yang terdapat di dalam perbincangan pelajar.

  1. Tahap 1 : Sesi pembelajaran dijalankan dengan cara setiap pelajar perlu menceritakan pengalaman pendidikan mereka sebelum ini di dalam bahasa Inggeris seorang demi seorang dalam bentuk forum terbuka.

  2. Tahap 2 : kumpulan tadi dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil dan sesi pembelajaran yang sama dilakukan.

  3. Tahap 3 : pelajar diminta untuk menulis pengalaman mereka secara individu.


MENGUMPUL DATA :

JURNAL 1 : Berbentuk KUALITATIF berdasarkan soal selidik ke atas pelajar.

JURNAL 2 : Juga berbentuk KUALITATIF. Data-data diperolehi dari 4 sumber iaitu :

  1. Borang soal selidik.
  2. Penilaian tahap pelajar sebelum dan selepas sesi pembelajaran.
  3. Pandangan pelajar.
  4. Temuramah guru kelas.

JURNAL 3 : Juga berbentuk KUALITATIF iaitu data-data yang dicatat oleh pencatat ketika sesi perbincangan di antara pelajar dijalankan.



MENGANALISIS DATA :

JURNAL 1 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan soal selidik yang diedarkan dengan melihat respon dan pandangan pelajar mengenai faedah yang mereka perolehi daripada projek kajian tindakan yang dibuat.

JURNAL 2 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan 4 kaedah pengumpulan data yang telah dijalankan :

  1. Classroom observation : melihat kekerapan pelajar yang tidak memberikan tumpuan dan emosi ketika sesi pembelajaran.

  2. Before & after (student's writing) : menilai perubahan tahap penulisan pelajar sebelum dan selepas sesi pembelajaran. Dilihat dari 2 aspek iaitu mekanikal penulisan dan kandungan penulisan mereka.

  3. Student opinion survey : melihat adakah pelajar menerima pembelajaran secara kolaboratif tersebut dengan positif atau negatif.

  4. Teacher interview : melihat adakah guru menerima baik kaedah ini dalam membantu memudahkan tugas guru meningkatkan pemahaman pelajar.

JURNAL 3 : Tidak dinyatakan.



HASIL KAJIAN / KESIMPULAN :

JURNAL 1 : Kesan yang positif. Kajian tindakan diterima sebagai satu kaedah yang dapat meningkatkan mutu pengajaran guru.

JURNAL 2 : Kesan yang negatif di peringkat awal dan akhirnya membawa kepada positif. Pelajar pada mulanya agak kurang memberikan kerjasama kepada aktiviti yang dijalankan tetapi lama kelamaan mereka mula meminati kaedah kolaboratif ini.

JURNAL 3 : Kesan yang positif. Mutu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dari 1 sesi ke 1 sesi sentiasa menunjukkan peningkatan.



CADANGAN :

JURNAL 1 : Pengkaji tidak memberikan sebarang cadangan di akhir kajian.

JURNAL 2 : Pengakaji mengutarakan cadangan yang berbentuk pembaharuan dalam P&P iaitu membina format P&P yang berbentuk kolaboratif.

JURNAL 3 : Pengkaji menyenaraikan beberapa cadangan yang berbentuk nasihat dan motivasi kepada para guru iaitu menyentuh tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap guru ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.



ETIKA KAJIAN :

JURNAL 1 : Tidak dinyatakan.

JURNAL 2 : Pengkaji menyenaraikan 2 etika yang digariskan dalam menjalankan kajian ini iaitu :

  1. Pelajar terlibat secara sukarela (bukan secara paksa) bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati di antara pelajar ketika sesi komen dan kritik ke atas karangan rakan.

  2. Panduan menjawab soalan "opinion survey" : mereka perlu memberikan pandangan yang positif dan negatif untuk mewujudkan kesamarataan dan tidak berlaku bias dalam mengumpul maklumat.

JURNAL 3 : Tidak dinyatakan.

Monday, May 25, 2009

PENILAIAN TERHADAP BUKU "DOING ACTION RESEACH"

KELEBIHAN
  1. Pengkelasan bab yang tersusun dan sistematik bermula dengan pengenalan mengenai kajian tindakan, kajian kepustakaan, mengumpul data, menganalisa data, menulis report, dan diakhiri dengan pembentangan kajian.
  2. Penulisan yang ringkas dan huraian yang tidak terlalu panjang.
  3. Penerangan yang ringkas mengenai sesuatu tajuk dan disertakan dengan contoh kajian sebagai maklumat tambahan.
  4. Terdapat sesetengah bahagian yang disertakan dengan 2 atau 3 contoh kajian yang telah dilakukan di mana dengannya pembaca dapat membuat perbandingan di antara contoh yang diutarakan.
  5. Tiga orang penulis yang terlibat di dalam penulisan buku ini, dan sebanyak 13 contoh kajian daripada bekas pelajar telah dimuatkan secara ringkasan berdasarkan topik.
  6. Di awal setiap bab, penulis telah menyatakan objektif-objektif khusus yang perlu difahami oleh para pembaca sebelum meneruskan pembacaan.
  7. Penulis membantu pemahaman pembaca dengan menyelitkan beberapa persoalan dan tugasan yang perlu dilakukan oleh pembaca selepas contoh kajian diutarakan bagi memcambahkan pemikiran untuk memahami kajian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut.
  8. Di akhir setiap bab pula, penulis telah menyediakan kata kunci yang terdapat di dalam bab tersebut sebagai panduan kepada pembaca untuk mengingat kembali topik-topik yang telah dibaca.

KELEMAHAN

  1. Contoh kajian yang terlalu banyak (13 kajian) menyebabkan berlaku sedikit kesulitan bagi memahami dengan lebih baik kajian yang diutarakan, kerana 3 orang penulis ini hanya menyentuh secara ringkas kajian pelajar-pelajar tersebut. Contohnya, di dalam bab kajian kepustakaan, Judith Baser hanya mengutarakan 2 contoh kajian kepustakaan sahaja daripada kajian Karen dan Sue, sedangkan di bab selepasnya iaitu bab pengumpulan data, Claire Taylor mengutarakan metod pengumpulan data sahaja daripada kajian Alison dan Louise.
  2. penerangan yang ringkas mungkin dilihat baik bagi pembaca yang sememangnya mempunyai walaupun ssedikit pengetahuan mengenai kajian tindakan. Namun, bagi pembaca yang baru berjinak-jinak dengannya, ia adalah suatu yang agak membataskan pemahaman kerana huraiannya yang ringkas.

Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

APA ITU KAJIAN ?

  • Kajian adalah satu proses yang berkaitan dengan emosi yang mana akan melibatkan keseronokan, cabaran, dan juga kepuasan. Di dalam pendidikan, kajian sangat penting bagi mengkaji murid-murid dan karekter mereka, dan juga menganalisis sifat-sifat mereka.

  • Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analsis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.


APA ITU KAJIAN TINDAKAN ?
  • Penulis telah membawakan satu definisi yang diutarakan oleh Cohen (2000) iaitu, kajian tindakan adalah satu teknik yang baik untuk menukar dan meningkatkan sesuatu tahap kepada tahap yang lebih baik.


KITARAN KAJIAN TINDAKAN

Proses kajian tindakan adalah satu kitaran yang diperkenalkan oleh Lewin (1996) iaitu satu siri langkah-langkah yang melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian, penilaian, dan kesan-kesan daripada tindakan. Walaubagaimanapun, terdapat konsep yang berkaitan dengan proses kajian tindakan iaitu seperti berikut :

  1. Mengenalpasti satu tempat untuk menyiasat dan memerlukan kepada perubahan/penambahbaikan (kajian).
  2. Membentuk/mencadangkan perubahan (tindakan).
  3. Melihat kesan daripada perubahan tersebut (kajian).
  4. Perancangan semula dan memperbaiki perubahan tersebut (tindakan)
  5. Pengulangan!
  6. Buat satu kesimpulan untuk menghubungkan refleksi dan praktis.

Secara Umum...

  1. Perancangan : kenal pasti masalah yang timbul dan tempat kajian serta membina strategi/metodologi kajian secara menyeluruh.
  2. Tindakan : menyentuh tentang konteks kajian, dan rasional. Melakukan pemerhatian dan kajian kepustakaan untuk menambah maklumat sedia ada sebelum melaksanakan kajian. Kemusian membentuk cadangan tindakan yang ingin dibuat, etika kajian, dan pelan tindakan sepanjang kajian dilakukan. Setelah itu, mengumpul serta menganalisa data yang diperolehi.
  3. Penilaian semula : perancangan semula untuk memperbaiki kelemahan kajian.
  4. Kesimpulan : membuat laporan kepada kajian, memberikan cadangan, serta rumusan.
Penulis buku ini telah menyenaraikan beberapa soalan yang menjadi garis panduan kepada para pengkaji dalam melengkapkan kajian yang dilakukan :
  1. Apa isu yang saya lihat sebagai satu masalah?
  2. Apa bukti yang perlu saya kumpul untuk menbuktikankan bahawa isu tersebut merupakan satu masalah?
  3. Apakah penyelesaian yang saya lihat sebagai suatu yang berkemungkinan?
  4. Bagaimana boleh saya merealisasikan penyelesaian tersebut?
  5. Bagaimana boleh saya menilai hasil kajian saya?
  6. Apakah tindakan mesti saya ambil?


KENAPA GURU PERLU LAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
  1. Bertujuan untuk menaiktaraf teknik pengajaran dan pembelajaran.
  2. Untuk menghasilkan suatu teori baru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Meningkatkan kemahiran para pendidik.


MODEL KAJIAN TINDAKAN
  1. Kajian positivisma : pendekatan yang boleh diambil kira melalui keadah empirikal (pemerhatian dan pengalaman lebih baik daripada teori) dan pemerhatian secara saintifik. Dalam apa jua hasil kajian mesti dibentangkan berasaskan fakta dan kebenaran.
  2. Kajian interpertivism : satu kajian anti-positivisma iaitu kajian secara kualitatif dan sesuatu teori dibina selepas sesautu kajian dilakukan.
  3. Kajian eksperimen : melibatkan hipotesis yang memerlukan kepada bukti-bukti. Melalui pendekatan ini, ia akan memajukan teori, akibat dan kesan.
  4. Kajian kes : pendekatan untuk individu untuk membuat kajian dari aspek masalah atau isu (dengan lebih mendalam). Ramai pengkaji pendidikan yang menguruskan pembelajaran murud-murid dengan menggunakan teknik kajian kes.
  5. Kajian etnografi : satu cara untuk melakukan kajian untuk belajar secara berkumpulan.

Tetapi...... Sesuatu projek kajian mungkin menggunakan pelbagai pendekatan dan perspektif teori sepertimana berikut :

  • Perspektif teori : Positivisma - Interpositivisma
  • Pendekatan kajian : Kuantitatif - Kualitatif
  • Metod kajian : Eksperimen - Etnografi - Kajian kes


TEKNIK PENGUMPULAN DATA

(1)Pemerhatian : kombinasi yang kompleks yang melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan, bau, dan juga rasa, juga pendapat (Gray 2004).

  • Spektrum pemerhatian : melibatkan kaedah kualitatif dan interpretivisma.Terbahagi kepada 4 bahagian iaitu pemerhatian berstruktur, tidak berstruktur, dengan penglibatan, dan tanpa penglibatan.
  • Menggunakan jadual pemerhatian.
  • Diari, jurnal, dan nota lapangan.

(2)Sumber dokumentari : Bell (1999) menegaskan bahawa projek pendidikan yang paling berkesan akan menggunakan analisis bukti dokumentari. Bukti yang paling baik akan digunakan untuk dasar pendidikan di sekolah. Contohnya rekod pelajar, minit mesyuarat, polisi, rekod kedatangan pelajar, dan sebagainya.

(3)Borang soal selidik : hendaklah yang berkaitan dengan kajian, mudah difahami, jelas, tidak terlalu panjang, bahasa yang sesuai, dan di dalam soalan tidak wujud perbezaan di antara jantina, dan agama responden.

(4)Temuramah (interview) : menyediakan soalan-soalan bagi mengumpul data.

  • Jenis-jenis soalan : di mana? kenapa? bagaimana? apa?. Jawapan yang terlibat sama ada "ya atau tidak", dan "betul atau salah".
  • Temuramah : lebih fleksibel daripada soalan. Memberi peluang kepada orang yang ditemuramah untuk mencari idea dan respon kepada soalan yang diajukan, dengan ini berpotensi untuk memberi maklumat yang detail berbanding pengumpulan data. Melalui interview, akan lebih berstruktur, atau separa struktur.

(5)Menggunakan peralatan audio-visual : fotografi, audio, dan rekod boleh juga digunakan untuk mendapatkan bukti apabila melaksanakan kajian.



TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Freeman (1998) percaya bahawa menggabungkan data adalah satu proses yang mencabar dan beliau mengenalpasti 4 aktiviti yang berkaitan dengan analisis data iaitu :

  1. Penamaan
  2. Pengumpulan
  3. Pencarian hubungan
  4. Mempamerkan


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN
  1. Realibiliti : satu perhubung kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama (Bell 1999). Memberi maksud bahawa, metod pengumpulan data yang dibuat akan menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali. Namun, ia hanya melibatkan fakta yang tetap dan tidak berubah. Bagi kajian kualitatif, ia tidak dapat dijamin kebolehpercayannya kerana mungkin proses pengumpulan data yang dilakukan berdasarkan perilaku pelajar contohnya. Ia akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyebabkan fakta yang terhasil tidak tetap dari masa ke semasa.

  2. Validiti : lebih kompleks daripada realibiliti yang mana ia melibatkan pengumpulan data dalam satu bentuk pengiraan untuk menganalisis maklumat.


SAMPEL KAJIAN YANG DIMUATKAN DALAM BUKU

Seramai 13 orang bekas pelajar daripada Universiti Leicenter dan 4 buah Kolej Universiti Bishop Grosseteste telah menyumbangkan hasil kajian tindakan mereka ketika di peringkat ijazah untuk dimuatkan sebagai rujukan asas di dalam buku ini. Setiap pelajar tersebut mengkaji tentang aspek yang berlainan. Hal ini agak menyukarkan pembaca untuk mengaitkan satu bab dengan bab lain di dalam buku ini kerana setiap bab hanya ditulis oleh seorang penulis daripada tiga penulis terssbut dan setiap penulis hanya memfokuskan beberapa kajian sahaja daripada 13 kajian tersebut. Contohnya :

  • Claire Taylor : memberikan sampel kajian yang dilakukan oleh Sandra Rycroft, Alison Crashaw dan Leanne Sellers.
  • Min Wilkie : mengutarakan kajian yang dilakukan oleh Louise Johnson, Louise White, dan Jo Turrel.
  • Judith Baser : membawakan contoh kajian yang dilakukan oleh Karen Piper, Sue Simmonds, dan Chris Thomson.


ETIKA MELAKUKAN KAJIAN

  1. Hendaklah mempunyai garis panduan dalam melakukan kajian.
  2. Kajian yang dilakukan tidak terssasar daripada skop pendidikan (jika dalam biddang pendidikan).
  3. Mendapat kebenaran secara bertulis untuk melakukan kajian di luar.
  4. Mendapat keizinan daripada setiap responden yang terlibat.
  5. Jika melibatkan kanak-kanak, kebenaran daripada ibu bapa mereka adalah penting.
  6. Tidak melanggar polisi tempat kajian jika ingin mndapatkan data secara video, visual, foto dan sebagainya .
  7. Identiti responden hendaklah dirahsiakan.
  8. Tidak menyalahgunakan maklumat yang diperolehi daripada kajian.

ISI KANDUNGAN BUKU SECARA UMUM

Tajuk : Doing Action Research : A Guide For School Support Staff.
Penulis : Claire Taylor, Min Wilkie, & Judith Baser.
Tahun Terbitan : 2006.
Penerbit : London, Paul Chapman Publishing.

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN (Claire Taylor)
  • Maksud "kajian", mengapa perlu lakukan kajian,pendekatan kajian, maksud kajian tindakan, dan kitaran kajian tindakan.
BAB 2 : KAJIAN KEPUSTAKAAN (Judith Baser)
  • Maksud kajian kepustakaan, teknik membaca, sumber kajian kepustakaan, dan cara untuk mencari maklumat.

BAB 3 : MENGUMPUL DATA (Claire Taylor)

  • Jenis metod, dan cara mengumpul data.

BAB 4 : ANALISIS DATA (Min Wilkie)

  • Perkara yang terlibat ketika menganalisa data, dan cara untuk mempamerkan data.

BAB 5 : MENULIS LAPORAN (Judith Baser)

  • Perancangan menulis, isi kandungan laporan, cara menulis laporan, dan menilai semula hasil kerja.

BAB 6 : FAEDAH MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN (Min Wilkie)

  • Persediaan membentangkan hasil kajian, kajian tindakan amat penting dalam membina perubahan dan pembangunan, kajian secara berkumpulan, dan kajian bersama profesional lain.

Tuesday, May 12, 2009

(KULIAH 4) PROSES KAJIAN KEPUSTAKAAN



1. MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN : melihat dari sudut persamaan atau perbezaan yang terdapat di dalam sesuatu bahan bacaan yang dibaca sama ada dari sudut ciri-ciri, sifat, kualiti, mahupun unsur sesuatu perkara.

2. MENGANALISA : sesuatu maklumat dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil bagi memudahkan pengkaji memahami konsep atau teori sesuatu maklumat yang sedang dikaji.

3. MENILAI : sesuatu maklumat itu dinilai dari sudut kebaikan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. namun, mestilah berdasarkan BUKTI atau DALIL yang sah. Proses menilai biasanya dilakukan ketika pengkaji di dalam situasi untuk memilih sesuatu maklumat, serta ketika ingin menerima atau menolak sesuatu fakta atau idea.

4. MEMBUAT KESIMPULAN : selepas selesai 3 proses di atas, pengkaji perlu membuat kesimpulan keseluruhan mengenai hasil kajian yang dilakukan berdasarkan hipotesis. Tujuannya adalah untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal serta untuk menyokong sesuatu pernyataan.

5. MENSINTESIS : merupakan aras yang agak sukar di mana pengkaji perlu menggabungjalinkan di antara idea-idea yang diperolehi, unsur-unsur, item-item dan perkara yang berasingan untuk membentuk satu jalinan penyataan yang menyeluruh sama ada dalam bentuk essei, lakaran, dan sebagainya.

TINJAUAN LITERATUR

Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

Tujuan tinjauan literatur adalah untuk :
  • memberi idea mengenai pembolehubah
  • mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.
  • mengetahui status kajian itu diluar.
  • memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
  • mengenalpasti masalah sebenar
  • membina hipotesis kajian
  • merancang metodologi yang sesuai

Terdapat dua komponen utama dalam tinjauan literatur :

  • Kerangka teori ( Theoritical framework )
  • Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan

Sumber : http://kuwi.tripod.com/literatur.html#b