Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

APA ITU KAJIAN ?

  • Kajian adalah satu proses yang berkaitan dengan emosi yang mana akan melibatkan keseronokan, cabaran, dan juga kepuasan. Di dalam pendidikan, kajian sangat penting bagi mengkaji murid-murid dan karekter mereka, dan juga menganalisis sifat-sifat mereka.

  • Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analsis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.


APA ITU KAJIAN TINDAKAN ?
  • Penulis telah membawakan satu definisi yang diutarakan oleh Cohen (2000) iaitu, kajian tindakan adalah satu teknik yang baik untuk menukar dan meningkatkan sesuatu tahap kepada tahap yang lebih baik.


KITARAN KAJIAN TINDAKAN

Proses kajian tindakan adalah satu kitaran yang diperkenalkan oleh Lewin (1996) iaitu satu siri langkah-langkah yang melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian, penilaian, dan kesan-kesan daripada tindakan. Walaubagaimanapun, terdapat konsep yang berkaitan dengan proses kajian tindakan iaitu seperti berikut :

  1. Mengenalpasti satu tempat untuk menyiasat dan memerlukan kepada perubahan/penambahbaikan (kajian).
  2. Membentuk/mencadangkan perubahan (tindakan).
  3. Melihat kesan daripada perubahan tersebut (kajian).
  4. Perancangan semula dan memperbaiki perubahan tersebut (tindakan)
  5. Pengulangan!
  6. Buat satu kesimpulan untuk menghubungkan refleksi dan praktis.

Secara Umum...

  1. Perancangan : kenal pasti masalah yang timbul dan tempat kajian serta membina strategi/metodologi kajian secara menyeluruh.
  2. Tindakan : menyentuh tentang konteks kajian, dan rasional. Melakukan pemerhatian dan kajian kepustakaan untuk menambah maklumat sedia ada sebelum melaksanakan kajian. Kemusian membentuk cadangan tindakan yang ingin dibuat, etika kajian, dan pelan tindakan sepanjang kajian dilakukan. Setelah itu, mengumpul serta menganalisa data yang diperolehi.
  3. Penilaian semula : perancangan semula untuk memperbaiki kelemahan kajian.
  4. Kesimpulan : membuat laporan kepada kajian, memberikan cadangan, serta rumusan.
Penulis buku ini telah menyenaraikan beberapa soalan yang menjadi garis panduan kepada para pengkaji dalam melengkapkan kajian yang dilakukan :
  1. Apa isu yang saya lihat sebagai satu masalah?
  2. Apa bukti yang perlu saya kumpul untuk menbuktikankan bahawa isu tersebut merupakan satu masalah?
  3. Apakah penyelesaian yang saya lihat sebagai suatu yang berkemungkinan?
  4. Bagaimana boleh saya merealisasikan penyelesaian tersebut?
  5. Bagaimana boleh saya menilai hasil kajian saya?
  6. Apakah tindakan mesti saya ambil?


KENAPA GURU PERLU LAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
  1. Bertujuan untuk menaiktaraf teknik pengajaran dan pembelajaran.
  2. Untuk menghasilkan suatu teori baru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Meningkatkan kemahiran para pendidik.


MODEL KAJIAN TINDAKAN
  1. Kajian positivisma : pendekatan yang boleh diambil kira melalui keadah empirikal (pemerhatian dan pengalaman lebih baik daripada teori) dan pemerhatian secara saintifik. Dalam apa jua hasil kajian mesti dibentangkan berasaskan fakta dan kebenaran.
  2. Kajian interpertivism : satu kajian anti-positivisma iaitu kajian secara kualitatif dan sesuatu teori dibina selepas sesautu kajian dilakukan.
  3. Kajian eksperimen : melibatkan hipotesis yang memerlukan kepada bukti-bukti. Melalui pendekatan ini, ia akan memajukan teori, akibat dan kesan.
  4. Kajian kes : pendekatan untuk individu untuk membuat kajian dari aspek masalah atau isu (dengan lebih mendalam). Ramai pengkaji pendidikan yang menguruskan pembelajaran murud-murid dengan menggunakan teknik kajian kes.
  5. Kajian etnografi : satu cara untuk melakukan kajian untuk belajar secara berkumpulan.

Tetapi...... Sesuatu projek kajian mungkin menggunakan pelbagai pendekatan dan perspektif teori sepertimana berikut :

  • Perspektif teori : Positivisma - Interpositivisma
  • Pendekatan kajian : Kuantitatif - Kualitatif
  • Metod kajian : Eksperimen - Etnografi - Kajian kes


TEKNIK PENGUMPULAN DATA

(1)Pemerhatian : kombinasi yang kompleks yang melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan, bau, dan juga rasa, juga pendapat (Gray 2004).

  • Spektrum pemerhatian : melibatkan kaedah kualitatif dan interpretivisma.Terbahagi kepada 4 bahagian iaitu pemerhatian berstruktur, tidak berstruktur, dengan penglibatan, dan tanpa penglibatan.
  • Menggunakan jadual pemerhatian.
  • Diari, jurnal, dan nota lapangan.

(2)Sumber dokumentari : Bell (1999) menegaskan bahawa projek pendidikan yang paling berkesan akan menggunakan analisis bukti dokumentari. Bukti yang paling baik akan digunakan untuk dasar pendidikan di sekolah. Contohnya rekod pelajar, minit mesyuarat, polisi, rekod kedatangan pelajar, dan sebagainya.

(3)Borang soal selidik : hendaklah yang berkaitan dengan kajian, mudah difahami, jelas, tidak terlalu panjang, bahasa yang sesuai, dan di dalam soalan tidak wujud perbezaan di antara jantina, dan agama responden.

(4)Temuramah (interview) : menyediakan soalan-soalan bagi mengumpul data.

  • Jenis-jenis soalan : di mana? kenapa? bagaimana? apa?. Jawapan yang terlibat sama ada "ya atau tidak", dan "betul atau salah".
  • Temuramah : lebih fleksibel daripada soalan. Memberi peluang kepada orang yang ditemuramah untuk mencari idea dan respon kepada soalan yang diajukan, dengan ini berpotensi untuk memberi maklumat yang detail berbanding pengumpulan data. Melalui interview, akan lebih berstruktur, atau separa struktur.

(5)Menggunakan peralatan audio-visual : fotografi, audio, dan rekod boleh juga digunakan untuk mendapatkan bukti apabila melaksanakan kajian.



TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Freeman (1998) percaya bahawa menggabungkan data adalah satu proses yang mencabar dan beliau mengenalpasti 4 aktiviti yang berkaitan dengan analisis data iaitu :

  1. Penamaan
  2. Pengumpulan
  3. Pencarian hubungan
  4. Mempamerkan


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN
  1. Realibiliti : satu perhubung kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama (Bell 1999). Memberi maksud bahawa, metod pengumpulan data yang dibuat akan menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali. Namun, ia hanya melibatkan fakta yang tetap dan tidak berubah. Bagi kajian kualitatif, ia tidak dapat dijamin kebolehpercayannya kerana mungkin proses pengumpulan data yang dilakukan berdasarkan perilaku pelajar contohnya. Ia akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyebabkan fakta yang terhasil tidak tetap dari masa ke semasa.

  2. Validiti : lebih kompleks daripada realibiliti yang mana ia melibatkan pengumpulan data dalam satu bentuk pengiraan untuk menganalisis maklumat.


SAMPEL KAJIAN YANG DIMUATKAN DALAM BUKU

Seramai 13 orang bekas pelajar daripada Universiti Leicenter dan 4 buah Kolej Universiti Bishop Grosseteste telah menyumbangkan hasil kajian tindakan mereka ketika di peringkat ijazah untuk dimuatkan sebagai rujukan asas di dalam buku ini. Setiap pelajar tersebut mengkaji tentang aspek yang berlainan. Hal ini agak menyukarkan pembaca untuk mengaitkan satu bab dengan bab lain di dalam buku ini kerana setiap bab hanya ditulis oleh seorang penulis daripada tiga penulis terssbut dan setiap penulis hanya memfokuskan beberapa kajian sahaja daripada 13 kajian tersebut. Contohnya :

  • Claire Taylor : memberikan sampel kajian yang dilakukan oleh Sandra Rycroft, Alison Crashaw dan Leanne Sellers.
  • Min Wilkie : mengutarakan kajian yang dilakukan oleh Louise Johnson, Louise White, dan Jo Turrel.
  • Judith Baser : membawakan contoh kajian yang dilakukan oleh Karen Piper, Sue Simmonds, dan Chris Thomson.


ETIKA MELAKUKAN KAJIAN

  1. Hendaklah mempunyai garis panduan dalam melakukan kajian.
  2. Kajian yang dilakukan tidak terssasar daripada skop pendidikan (jika dalam biddang pendidikan).
  3. Mendapat kebenaran secara bertulis untuk melakukan kajian di luar.
  4. Mendapat keizinan daripada setiap responden yang terlibat.
  5. Jika melibatkan kanak-kanak, kebenaran daripada ibu bapa mereka adalah penting.
  6. Tidak melanggar polisi tempat kajian jika ingin mndapatkan data secara video, visual, foto dan sebagainya .
  7. Identiti responden hendaklah dirahsiakan.
  8. Tidak menyalahgunakan maklumat yang diperolehi daripada kajian.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment