Tuesday, May 26, 2009

SEMINAR PENDIDIKAN SERANTAU KE-4


LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN


TAJUK PEMBENTANGAN : Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Pelajar Berkeperluan Khas.
NAMA PEMBENTANG : Safani Bari, Mohd Taib Harun, & Norlena Salamuddin
SESI SELARI/ POSTER : Poster 13
TARIKH/ HARI : 20 Mei 2009 / Rabu
MASA : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
PENCATAT : Nurul Hafiza binti Sohaimi P49004


INTISARI PEMBENTANGAN:
  • Pendidikan jasmani suaian adalah satu kursus secara teori dan amali mengenai pendidikan jasmani yang diubahsuai untuk golongan khas dan diperkenalkan di Fakulti Pendidikan, UKM pada 1995 bagi pelajar Sarjanamuda dalam bidang pendidikan khas.

  • Pendidikan jasmani bagi pelajar golongan khas dapat menggalakkan kesejahteraan emosi, mengurangkan tekanan mereka dan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani berbanding mata pelajaran yang lain.

  • Kewujudan pelbagai halangan dan masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani bagi pelajar khas menyebabkankan aktiviti fizikal ini tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. (guru tidak terlatih, prasarana tidak lengkap, pelajar terlalu ramai, cuaca, masalah komunikasi dsb)

3 JURNAL : PERSAMAAN VS PERBEZAAN

JURNAL 1 : A Tool For Improving Teacher Quality And Classroom Practice. Katherine A. O'Connor, H. Carol Grene, & Patricia J. Anderson (Department of Curriculum and Instruction, East Carolina University).

JURNAL 2 : Collaborative Learning & Peer Review In Special Education. Rachael Hanson (EDUC 480).

JURNAL 3 : Classroom Personas : An Action Research Project. Gareth Morgan, & Kristen McDonald (British Council, Singapore)



SKOP KAJIAN :

JURNAL 1 : Melihat keberkesanan melaksanakan kajian tindakan dalam membantu meningkatkan strategi pengajaran guru.

JURNAL 2 : Melihat keberkesanan pembelajaran secara usaha sama dengan bantuan rakan sebaya dalam meningkatkan prestasi akademik dan tahap penguasaan pelajar dalam penulisan.

JURNAL 3 : Menguji keberkesanan satu teknik P&P yang dibentuk iaitu "Anecdotal Circles" yang memfokuskan kepada penglibatan pelajar secara menyeluruh dengan cara berkongsi pengalaman dan cerita untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.



INSTRUMEN / SAMPEL KAJIAN :

JURNAL 1 : Kajian dilakukan ke atas 51 orang pelajar sarjana sama ada pengajian sepenuh masa atau separuh masa dalam bidang pendidikan (sekolah rendah).

JURNAL 2 : Tidak dinyatakan bilangan responden yang terlibat. Hanya dinyatakan bahawa setiap sesi pembelajaran melibatkan 2 orang pelajar yang berlainan.

JURNAL 3 : Juga tidak disebutkan jumlah responden yang terlibat. pengkaji hanya menyebutkan bahawa di dalam setiap circle seramai 8-11 pelajar terlibat. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru yang bakal ditempatkan di sekolah kawasan pedalaman.

TEMPOH KAJIAN :

JURNAL 1 : Setiap pelajar perlu mendaftar dua sesi kursus (daftar kursus pertama terlebih dahulu) berkaitan dengan kajian tindakan untuk tempoh 1 tahun (2 semester).

JURNAL 2 : Tidak dinyatakan secara jelas. Tetapi, pengkaji hanya menyatakan bahawa kajian dilakukan pada 2 sesi pembelajaran dalam 1 minggu.

JURNAL 3 : Juga tidak dinyatakan tetapi hanya menyebut bahawa kajian selesai selepas pelajar berjaya menamatkan 3 tahap pembelajaran yang ditetapkan.



METODE KAJIAN :

JURNAL 1 : Pengkaji telah menyediakan dua kursus wajib yang perlu didaftar oleh setiap pelajar sarjana pendidikan.

  1. Fasa 1 : pelajar didedahkan tentang pengenalan kepada kajian tindakan, membuat proposal kajian, dan seterusnya menyiapkan kajian tersebut.
  2. Fasa 2 : pelajar perlu menilai semula kajian yang telah mereka lakukan (refleksi).

JURNAL 2 : 2 orang pelajar dipanggil ke hadapan secara sukarela untuk menulis satu cerita mengenai sesuatu topik. Kemudian mereka akan bertukar-tukar cerita dan membaca cerita rakan (pasangan). Mereka diminta untuk mengenalpasti dan menyebutkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan di dalam karangannya dan seterusnya memberikan cadangan untuk penambahbaikan. Selepas itu, pengkaji akan memberikan borang penilaian kepada kedua-dua pelajar tersebut untuk memberikan komen dan pandangan mengenai sesi pembelajaran tersebut dari sudut positif dan negatif.

JURNAL 3 : Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil (8-11 orang) dan duduk di dalam 1 bulatan. Setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator dan seorang pencatat yang akan mencatat sebarang cadangan atau isi penting yang terdapat di dalam perbincangan pelajar.

  1. Tahap 1 : Sesi pembelajaran dijalankan dengan cara setiap pelajar perlu menceritakan pengalaman pendidikan mereka sebelum ini di dalam bahasa Inggeris seorang demi seorang dalam bentuk forum terbuka.

  2. Tahap 2 : kumpulan tadi dipecahkan kepada kumpulan yang lebih kecil dan sesi pembelajaran yang sama dilakukan.

  3. Tahap 3 : pelajar diminta untuk menulis pengalaman mereka secara individu.


MENGUMPUL DATA :

JURNAL 1 : Berbentuk KUALITATIF berdasarkan soal selidik ke atas pelajar.

JURNAL 2 : Juga berbentuk KUALITATIF. Data-data diperolehi dari 4 sumber iaitu :

  1. Borang soal selidik.
  2. Penilaian tahap pelajar sebelum dan selepas sesi pembelajaran.
  3. Pandangan pelajar.
  4. Temuramah guru kelas.

JURNAL 3 : Juga berbentuk KUALITATIF iaitu data-data yang dicatat oleh pencatat ketika sesi perbincangan di antara pelajar dijalankan.



MENGANALISIS DATA :

JURNAL 1 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan soal selidik yang diedarkan dengan melihat respon dan pandangan pelajar mengenai faedah yang mereka perolehi daripada projek kajian tindakan yang dibuat.

JURNAL 2 : Pengkaji menganalisa data berdasarkan 4 kaedah pengumpulan data yang telah dijalankan :

  1. Classroom observation : melihat kekerapan pelajar yang tidak memberikan tumpuan dan emosi ketika sesi pembelajaran.

  2. Before & after (student's writing) : menilai perubahan tahap penulisan pelajar sebelum dan selepas sesi pembelajaran. Dilihat dari 2 aspek iaitu mekanikal penulisan dan kandungan penulisan mereka.

  3. Student opinion survey : melihat adakah pelajar menerima pembelajaran secara kolaboratif tersebut dengan positif atau negatif.

  4. Teacher interview : melihat adakah guru menerima baik kaedah ini dalam membantu memudahkan tugas guru meningkatkan pemahaman pelajar.

JURNAL 3 : Tidak dinyatakan.



HASIL KAJIAN / KESIMPULAN :

JURNAL 1 : Kesan yang positif. Kajian tindakan diterima sebagai satu kaedah yang dapat meningkatkan mutu pengajaran guru.

JURNAL 2 : Kesan yang negatif di peringkat awal dan akhirnya membawa kepada positif. Pelajar pada mulanya agak kurang memberikan kerjasama kepada aktiviti yang dijalankan tetapi lama kelamaan mereka mula meminati kaedah kolaboratif ini.

JURNAL 3 : Kesan yang positif. Mutu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dari 1 sesi ke 1 sesi sentiasa menunjukkan peningkatan.



CADANGAN :

JURNAL 1 : Pengkaji tidak memberikan sebarang cadangan di akhir kajian.

JURNAL 2 : Pengakaji mengutarakan cadangan yang berbentuk pembaharuan dalam P&P iaitu membina format P&P yang berbentuk kolaboratif.

JURNAL 3 : Pengkaji menyenaraikan beberapa cadangan yang berbentuk nasihat dan motivasi kepada para guru iaitu menyentuh tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap guru ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.



ETIKA KAJIAN :

JURNAL 1 : Tidak dinyatakan.

JURNAL 2 : Pengkaji menyenaraikan 2 etika yang digariskan dalam menjalankan kajian ini iaitu :

  1. Pelajar terlibat secara sukarela (bukan secara paksa) bagi mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati di antara pelajar ketika sesi komen dan kritik ke atas karangan rakan.

  2. Panduan menjawab soalan "opinion survey" : mereka perlu memberikan pandangan yang positif dan negatif untuk mewujudkan kesamarataan dan tidak berlaku bias dalam mengumpul maklumat.

JURNAL 3 : Tidak dinyatakan.

Monday, May 25, 2009

PENILAIAN TERHADAP BUKU "DOING ACTION RESEACH"

KELEBIHAN
  1. Pengkelasan bab yang tersusun dan sistematik bermula dengan pengenalan mengenai kajian tindakan, kajian kepustakaan, mengumpul data, menganalisa data, menulis report, dan diakhiri dengan pembentangan kajian.
  2. Penulisan yang ringkas dan huraian yang tidak terlalu panjang.
  3. Penerangan yang ringkas mengenai sesuatu tajuk dan disertakan dengan contoh kajian sebagai maklumat tambahan.
  4. Terdapat sesetengah bahagian yang disertakan dengan 2 atau 3 contoh kajian yang telah dilakukan di mana dengannya pembaca dapat membuat perbandingan di antara contoh yang diutarakan.
  5. Tiga orang penulis yang terlibat di dalam penulisan buku ini, dan sebanyak 13 contoh kajian daripada bekas pelajar telah dimuatkan secara ringkasan berdasarkan topik.
  6. Di awal setiap bab, penulis telah menyatakan objektif-objektif khusus yang perlu difahami oleh para pembaca sebelum meneruskan pembacaan.
  7. Penulis membantu pemahaman pembaca dengan menyelitkan beberapa persoalan dan tugasan yang perlu dilakukan oleh pembaca selepas contoh kajian diutarakan bagi memcambahkan pemikiran untuk memahami kajian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut.
  8. Di akhir setiap bab pula, penulis telah menyediakan kata kunci yang terdapat di dalam bab tersebut sebagai panduan kepada pembaca untuk mengingat kembali topik-topik yang telah dibaca.

KELEMAHAN

  1. Contoh kajian yang terlalu banyak (13 kajian) menyebabkan berlaku sedikit kesulitan bagi memahami dengan lebih baik kajian yang diutarakan, kerana 3 orang penulis ini hanya menyentuh secara ringkas kajian pelajar-pelajar tersebut. Contohnya, di dalam bab kajian kepustakaan, Judith Baser hanya mengutarakan 2 contoh kajian kepustakaan sahaja daripada kajian Karen dan Sue, sedangkan di bab selepasnya iaitu bab pengumpulan data, Claire Taylor mengutarakan metod pengumpulan data sahaja daripada kajian Alison dan Louise.
  2. penerangan yang ringkas mungkin dilihat baik bagi pembaca yang sememangnya mempunyai walaupun ssedikit pengetahuan mengenai kajian tindakan. Namun, bagi pembaca yang baru berjinak-jinak dengannya, ia adalah suatu yang agak membataskan pemahaman kerana huraiannya yang ringkas.

Sunday, May 24, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

APA ITU KAJIAN ?

  • Kajian adalah satu proses yang berkaitan dengan emosi yang mana akan melibatkan keseronokan, cabaran, dan juga kepuasan. Di dalam pendidikan, kajian sangat penting bagi mengkaji murid-murid dan karekter mereka, dan juga menganalisis sifat-sifat mereka.

  • Bartlett (2001) berpendapat kajian bermaksud pengumpulan data yang sistematik, pembentangan, dan juga analsis data. Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.


APA ITU KAJIAN TINDAKAN ?
  • Penulis telah membawakan satu definisi yang diutarakan oleh Cohen (2000) iaitu, kajian tindakan adalah satu teknik yang baik untuk menukar dan meningkatkan sesuatu tahap kepada tahap yang lebih baik.


KITARAN KAJIAN TINDAKAN

Proses kajian tindakan adalah satu kitaran yang diperkenalkan oleh Lewin (1996) iaitu satu siri langkah-langkah yang melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian, penilaian, dan kesan-kesan daripada tindakan. Walaubagaimanapun, terdapat konsep yang berkaitan dengan proses kajian tindakan iaitu seperti berikut :

  1. Mengenalpasti satu tempat untuk menyiasat dan memerlukan kepada perubahan/penambahbaikan (kajian).
  2. Membentuk/mencadangkan perubahan (tindakan).
  3. Melihat kesan daripada perubahan tersebut (kajian).
  4. Perancangan semula dan memperbaiki perubahan tersebut (tindakan)
  5. Pengulangan!
  6. Buat satu kesimpulan untuk menghubungkan refleksi dan praktis.

Secara Umum...

  1. Perancangan : kenal pasti masalah yang timbul dan tempat kajian serta membina strategi/metodologi kajian secara menyeluruh.
  2. Tindakan : menyentuh tentang konteks kajian, dan rasional. Melakukan pemerhatian dan kajian kepustakaan untuk menambah maklumat sedia ada sebelum melaksanakan kajian. Kemusian membentuk cadangan tindakan yang ingin dibuat, etika kajian, dan pelan tindakan sepanjang kajian dilakukan. Setelah itu, mengumpul serta menganalisa data yang diperolehi.
  3. Penilaian semula : perancangan semula untuk memperbaiki kelemahan kajian.
  4. Kesimpulan : membuat laporan kepada kajian, memberikan cadangan, serta rumusan.
Penulis buku ini telah menyenaraikan beberapa soalan yang menjadi garis panduan kepada para pengkaji dalam melengkapkan kajian yang dilakukan :
  1. Apa isu yang saya lihat sebagai satu masalah?
  2. Apa bukti yang perlu saya kumpul untuk menbuktikankan bahawa isu tersebut merupakan satu masalah?
  3. Apakah penyelesaian yang saya lihat sebagai suatu yang berkemungkinan?
  4. Bagaimana boleh saya merealisasikan penyelesaian tersebut?
  5. Bagaimana boleh saya menilai hasil kajian saya?
  6. Apakah tindakan mesti saya ambil?


KENAPA GURU PERLU LAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
  1. Bertujuan untuk menaiktaraf teknik pengajaran dan pembelajaran.
  2. Untuk menghasilkan suatu teori baru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  3. Meningkatkan kemahiran para pendidik.


MODEL KAJIAN TINDAKAN
  1. Kajian positivisma : pendekatan yang boleh diambil kira melalui keadah empirikal (pemerhatian dan pengalaman lebih baik daripada teori) dan pemerhatian secara saintifik. Dalam apa jua hasil kajian mesti dibentangkan berasaskan fakta dan kebenaran.
  2. Kajian interpertivism : satu kajian anti-positivisma iaitu kajian secara kualitatif dan sesuatu teori dibina selepas sesautu kajian dilakukan.
  3. Kajian eksperimen : melibatkan hipotesis yang memerlukan kepada bukti-bukti. Melalui pendekatan ini, ia akan memajukan teori, akibat dan kesan.
  4. Kajian kes : pendekatan untuk individu untuk membuat kajian dari aspek masalah atau isu (dengan lebih mendalam). Ramai pengkaji pendidikan yang menguruskan pembelajaran murud-murid dengan menggunakan teknik kajian kes.
  5. Kajian etnografi : satu cara untuk melakukan kajian untuk belajar secara berkumpulan.

Tetapi...... Sesuatu projek kajian mungkin menggunakan pelbagai pendekatan dan perspektif teori sepertimana berikut :

  • Perspektif teori : Positivisma - Interpositivisma
  • Pendekatan kajian : Kuantitatif - Kualitatif
  • Metod kajian : Eksperimen - Etnografi - Kajian kes


TEKNIK PENGUMPULAN DATA

(1)Pemerhatian : kombinasi yang kompleks yang melibatkan penglihatan, bunyi, sentuhan, bau, dan juga rasa, juga pendapat (Gray 2004).

  • Spektrum pemerhatian : melibatkan kaedah kualitatif dan interpretivisma.Terbahagi kepada 4 bahagian iaitu pemerhatian berstruktur, tidak berstruktur, dengan penglibatan, dan tanpa penglibatan.
  • Menggunakan jadual pemerhatian.
  • Diari, jurnal, dan nota lapangan.

(2)Sumber dokumentari : Bell (1999) menegaskan bahawa projek pendidikan yang paling berkesan akan menggunakan analisis bukti dokumentari. Bukti yang paling baik akan digunakan untuk dasar pendidikan di sekolah. Contohnya rekod pelajar, minit mesyuarat, polisi, rekod kedatangan pelajar, dan sebagainya.

(3)Borang soal selidik : hendaklah yang berkaitan dengan kajian, mudah difahami, jelas, tidak terlalu panjang, bahasa yang sesuai, dan di dalam soalan tidak wujud perbezaan di antara jantina, dan agama responden.

(4)Temuramah (interview) : menyediakan soalan-soalan bagi mengumpul data.

  • Jenis-jenis soalan : di mana? kenapa? bagaimana? apa?. Jawapan yang terlibat sama ada "ya atau tidak", dan "betul atau salah".
  • Temuramah : lebih fleksibel daripada soalan. Memberi peluang kepada orang yang ditemuramah untuk mencari idea dan respon kepada soalan yang diajukan, dengan ini berpotensi untuk memberi maklumat yang detail berbanding pengumpulan data. Melalui interview, akan lebih berstruktur, atau separa struktur.

(5)Menggunakan peralatan audio-visual : fotografi, audio, dan rekod boleh juga digunakan untuk mendapatkan bukti apabila melaksanakan kajian.



TEKNIK PENGANALISAAN DATA

Freeman (1998) percaya bahawa menggabungkan data adalah satu proses yang mencabar dan beliau mengenalpasti 4 aktiviti yang berkaitan dengan analisis data iaitu :

  1. Penamaan
  2. Pengumpulan
  3. Pencarian hubungan
  4. Mempamerkan


KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN
  1. Realibiliti : satu perhubung kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama (Bell 1999). Memberi maksud bahawa, metod pengumpulan data yang dibuat akan menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali. Namun, ia hanya melibatkan fakta yang tetap dan tidak berubah. Bagi kajian kualitatif, ia tidak dapat dijamin kebolehpercayannya kerana mungkin proses pengumpulan data yang dilakukan berdasarkan perilaku pelajar contohnya. Ia akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyebabkan fakta yang terhasil tidak tetap dari masa ke semasa.

  2. Validiti : lebih kompleks daripada realibiliti yang mana ia melibatkan pengumpulan data dalam satu bentuk pengiraan untuk menganalisis maklumat.


SAMPEL KAJIAN YANG DIMUATKAN DALAM BUKU

Seramai 13 orang bekas pelajar daripada Universiti Leicenter dan 4 buah Kolej Universiti Bishop Grosseteste telah menyumbangkan hasil kajian tindakan mereka ketika di peringkat ijazah untuk dimuatkan sebagai rujukan asas di dalam buku ini. Setiap pelajar tersebut mengkaji tentang aspek yang berlainan. Hal ini agak menyukarkan pembaca untuk mengaitkan satu bab dengan bab lain di dalam buku ini kerana setiap bab hanya ditulis oleh seorang penulis daripada tiga penulis terssbut dan setiap penulis hanya memfokuskan beberapa kajian sahaja daripada 13 kajian tersebut. Contohnya :

  • Claire Taylor : memberikan sampel kajian yang dilakukan oleh Sandra Rycroft, Alison Crashaw dan Leanne Sellers.
  • Min Wilkie : mengutarakan kajian yang dilakukan oleh Louise Johnson, Louise White, dan Jo Turrel.
  • Judith Baser : membawakan contoh kajian yang dilakukan oleh Karen Piper, Sue Simmonds, dan Chris Thomson.


ETIKA MELAKUKAN KAJIAN

  1. Hendaklah mempunyai garis panduan dalam melakukan kajian.
  2. Kajian yang dilakukan tidak terssasar daripada skop pendidikan (jika dalam biddang pendidikan).
  3. Mendapat kebenaran secara bertulis untuk melakukan kajian di luar.
  4. Mendapat keizinan daripada setiap responden yang terlibat.
  5. Jika melibatkan kanak-kanak, kebenaran daripada ibu bapa mereka adalah penting.
  6. Tidak melanggar polisi tempat kajian jika ingin mndapatkan data secara video, visual, foto dan sebagainya .
  7. Identiti responden hendaklah dirahsiakan.
  8. Tidak menyalahgunakan maklumat yang diperolehi daripada kajian.

ISI KANDUNGAN BUKU SECARA UMUM

Tajuk : Doing Action Research : A Guide For School Support Staff.
Penulis : Claire Taylor, Min Wilkie, & Judith Baser.
Tahun Terbitan : 2006.
Penerbit : London, Paul Chapman Publishing.

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA KAJIAN TINDAKAN (Claire Taylor)
  • Maksud "kajian", mengapa perlu lakukan kajian,pendekatan kajian, maksud kajian tindakan, dan kitaran kajian tindakan.
BAB 2 : KAJIAN KEPUSTAKAAN (Judith Baser)
  • Maksud kajian kepustakaan, teknik membaca, sumber kajian kepustakaan, dan cara untuk mencari maklumat.

BAB 3 : MENGUMPUL DATA (Claire Taylor)

  • Jenis metod, dan cara mengumpul data.

BAB 4 : ANALISIS DATA (Min Wilkie)

  • Perkara yang terlibat ketika menganalisa data, dan cara untuk mempamerkan data.

BAB 5 : MENULIS LAPORAN (Judith Baser)

  • Perancangan menulis, isi kandungan laporan, cara menulis laporan, dan menilai semula hasil kerja.

BAB 6 : FAEDAH MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN (Min Wilkie)

  • Persediaan membentangkan hasil kajian, kajian tindakan amat penting dalam membina perubahan dan pembangunan, kajian secara berkumpulan, dan kajian bersama profesional lain.

Tuesday, May 12, 2009

(KULIAH 4) PROSES KAJIAN KEPUSTAKAAN



1. MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN : melihat dari sudut persamaan atau perbezaan yang terdapat di dalam sesuatu bahan bacaan yang dibaca sama ada dari sudut ciri-ciri, sifat, kualiti, mahupun unsur sesuatu perkara.

2. MENGANALISA : sesuatu maklumat dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil bagi memudahkan pengkaji memahami konsep atau teori sesuatu maklumat yang sedang dikaji.

3. MENILAI : sesuatu maklumat itu dinilai dari sudut kebaikan dan kelemahan yang terkandung di dalamnya. namun, mestilah berdasarkan BUKTI atau DALIL yang sah. Proses menilai biasanya dilakukan ketika pengkaji di dalam situasi untuk memilih sesuatu maklumat, serta ketika ingin menerima atau menolak sesuatu fakta atau idea.

4. MEMBUAT KESIMPULAN : selepas selesai 3 proses di atas, pengkaji perlu membuat kesimpulan keseluruhan mengenai hasil kajian yang dilakukan berdasarkan hipotesis. Tujuannya adalah untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal serta untuk menyokong sesuatu pernyataan.

5. MENSINTESIS : merupakan aras yang agak sukar di mana pengkaji perlu menggabungjalinkan di antara idea-idea yang diperolehi, unsur-unsur, item-item dan perkara yang berasingan untuk membentuk satu jalinan penyataan yang menyeluruh sama ada dalam bentuk essei, lakaran, dan sebagainya.

TINJAUAN LITERATUR

Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

Tujuan tinjauan literatur adalah untuk :
  • memberi idea mengenai pembolehubah
  • mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.
  • mengetahui status kajian itu diluar.
  • memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.
  • mengenalpasti masalah sebenar
  • membina hipotesis kajian
  • merancang metodologi yang sesuai

Terdapat dua komponen utama dalam tinjauan literatur :

  • Kerangka teori ( Theoritical framework )
  • Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan

Sumber : http://kuwi.tripod.com/literatur.html#b

DIMENSI DAN MODEL-MODEL PERUBAHAN


DIMENSI DI DALAM PERUBAHAN

TUJUAN PERUBAHAN : Perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu. Antaranya adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

UNIT PERUBAHAN : Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang iaitu :
  • Individu.
  • Kumpulan / Pasukan.
  • Jabatan. Organisasi.
  • Sistem Organisasi.
  • Komuniti.

SIFAT PERUBAHAN : Contohnya mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

MAGNITUD PERUBAHAN : Merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan.

SKOP PERUBAHAN : Sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

JANGKAMASA PERUBAHAN : Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil progresif dan kekal.


MODEL-MODEL PERUBAHAN

1. MODEL PENGGABUNGAN ROGER : Inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti. Tetapi, inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

2. MODEL KANTER :
Struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada 4 tugas utama :

  • Penjanaan idea.
  • Membina idea.
  • Realisasi idea.
  • Pemindahan idea.

3. MODEL RAND :Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah :

  • Daya usaha ( Initiation ).
  • Implementasi.
  • Penggabungan.

4. MODEL ACOT :Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah. mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu :

  • Kemasukan ( Entry ).
  • Memilih ( Adoption).
  • Menyesuaikan ( Adaptation ).
  • Penggunaan ( Appropriation ).
  • Mereka cipta ( Invention ).

(KULIAH 3) PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

PENDAPAT CARZO & YANOUZAS :

Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status stabil yang lain. Ini bermakna perubahan tidak dapat dielakkan apabila sudah tiba masanya.

JENIS PERUBAHAN

  1. Perubahan ke arah peningkatan ( perubahan dalam struktur organisasi ).
  2. Perubahan strategik organisasi ( pembentukan semula misi dan perubahan struktur & strategi organisasi.
  3. Perubahan reaktif (akibat tindak balas langsung daripada pelanggan & pihak berkepentingan).
  4. Perubahan akibat daripada jangkaan ( kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan.

OBJEKTIF PERUBAHAN

  1. Mengurangkan konflik.
  2. Meningkatkan daya pengeluaran.
  3. Meningkatkan motivasi.

FAKTOR PERUBAHAN

  1. Faktor teknologi
  2. Gaya hidup
  3. Persaingan
  4. Perubahan dasar politik
  5. Perubahan dalam struktur ekonomi

PERUBAHAN MELIBATKAN PROSES EVOLUSI DAN REVOLUSI.

Evolusi : menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang.
Revolusi :
pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

PUNCA MENOLAK PERUBAHAN

Zaman sentiasa berubah dan beredar dengannya. Mareka yang gagal untuk berubah akan ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada melakukan perubahan, menerima perubahan, baik perubahan dari luar, mahupun perubahan dari dalam.

Amaran perdana menteri malaysia, Dr Mahathir Mohamad "kejayaan atau kegagalan seseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri. Bangsa yang dikelilingi oleh keadaan yang menekan (force) boleh berjaya sedangkan bangsa yang mempunyai negara yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah".

Terdapat banyak sebab mengapa manusia menolak perubahan pendidikan. Penolakan perubahan pendidikan ini dapat dikategorikan kepada faktor masyarakat , kepentingan politik dan agama.

Apa yang tidak diketahui akan menyebabkan ketakutan dan mendorong penolakan. Penstrukturan semula organisasi, perubahan dasar pendidikan dan lain-lain akan menyebabkan seseorang tidak pasti akan kesannya kepada pekerjaan mereka. Manusia mahu rasa terjamin dan boleh mengendalikan perubahan itu.

Tidak mengetahui sebab perubahan itu juga akan menyebabkan perubahan tidak dapat diterima. Malahan , seringkali tidak jelas kepada mereka yang terbabit mengapa perubahan itu perlu. Perubahan mungkin juga menghasilkan pengurangan faedah atau kehilangan kuasa.

Zon selesa. Seringkali ahli organisasi berada dalam zon selesa. Zon selesa ialah suatu keadaan di mana individu berada dalam keadaan tenang, terjamin dan selamat. Rasa selamat dan perasaaan serba cukup itu menyebabkan seseoarang itu tidak mahu melakukan perubahan. Hanya tekanan yang jitu sahaja dapat meransang motivasinya untuk berubah. Sesetengah organisasi terpaksa menerima perubahan.

Faktor kecemasan fizikal yang berkaitan ialah :
  1. Seorang guru meninggal dunia – memerlukan perubahan di sekolah.
  2. Bangunan sekolah terbakar – perubahan terpaksa dilakukan.
  3. Satu kilang yang besar secara tiba-tiba menutup operasi – perubahan pendidikan terpaksa dilakukan.

Berfikirlah secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul dengan tiba-tiba dan memerlukan perubahan sebagai satu peluang. Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sistem itu , ia akan ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan itu akan ditentang dengan kuat.


sumber : "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahan"

Thursday, May 7, 2009

AKTIVITI : MENGAPA ADA YANG MENENTANG PERUBAHAN?


8 sebab mengapa ada orang menentang perubahan :


  1. Tidak sukakan perubahan.
  2. Perubahan tersebut tidak memberi kepentingan / faedah terhadap individu / organisasi.
  3. Mempercayai bahawa strategi sedia ada adalah lebih berkesan.
  4. Perubahan memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan.
  5. Objektif perubahan yang dicadangkan kabur / samar.
  6. Perubahan yang tidak mencakupi semua aspek.
  7. Pengetahuan yang cetek mengenai kepentingan perubahan.
  8. Sesuatu matlamat / objektif (visi dan misi) perubahan yang terlalu sukar untuk dicapai.

Jalan penyelesaian :

  1. Setiap perubahan perlulah dirrencanakan serta diberi penerangan secara menyeluruh dalam berntuk bicara (dialog), penulisan (cth ; akhbar dan majalah), media elektronik, serta membuat dasar kerajaan di setiap kementerian terdapat keseragaman.
  2. Perlaksanaan perlulah dilaksanakan oleh setiap guru (pendidik) bagi mencapai sesuatu perubahan, khususnya pembelajaran yang efektif dan berkesan. Contohnya, Sekolah Bestari dan Sekolah Klaster.
  3. Perlulah mendapat persetujuan daripada keseluruhan ahli Kabinet dalam menjayakan sesuatu dasar untuk dilaksanakan oleh semua rakyat Malaysia.
  4. Membuat penyelidikan terlebih dahulu mengenai perubahan yang ingin diwacanakan sebelum mengutarakannya kepada masyarakat. Dilihat dari aspek kesesuaiannya dengan keadaan masyarakat, masa, intelek, emosi, tenaga dan banyak lagi.

Ahli kumpulan :
1. Badrol Hisham b. Majid P48671
2. Nurul Hafiza bt. Sohaimi P49004
3. Siti Imzahwana bt. Abu Naim P48588

Tuesday, May 5, 2009

AKTIVITI : PERMASALAHAN DALAM PROSES P&P (PENDIDIKAN ISLAM) DAN CARA PENYELESAIANNYA





Tingkatan : Satu
Bahagian : Ibadah
Tajuk
: Tayamum



PERMASALAHAN
  1. Pelajar tidak membawa peralatan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran .
    Contoh :- Debu tanah untuk bertayamum.
  2. Demonstrasi bertayamum antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
  3. Pelajar membuat bising semasa sesi demonstrasi.

PENAMBAHBAIKAN SERTA CADANGAN :

Masalah Satu :

  • Guru perlu membawa debu yang banyak atau menggunakan bahan alternatif lain seperti bedak.
  • Mewujudkan kumpulan untuk menjimatkan penggunaan debu / bedak.
  • Pembelajaran di luar kelas.

Masalah Dua :

  • Utamakan pelajar lelaki terlebih dahulu kemudian pelajar perempuan.
  • Bagi guru perempuan untuk memudahkan pengajaran, ia perlu memakai baju berlengan panjang atau handguide semasa sesi demonstrasi.
  • Menggunakan alat bahan bantu mengajar berbentuk multimedia seperti video yang menayangkan cara bertayamum.

Masalah Tiga :

  • Demontrasi bertayamum antara kumpulan diberikan markah serta setiap ahli perlu menjalankan amali untuk memantapan pengetahuan.
  • Memanggil pelajar secara rawak untuk menjalankan aktiviti supaya pelajar sentiasa bersedia.

Ahli kumpulan :
1. Badrol Hisham b. Majid P48671
2. Nurul Hafiza bt. Sohaimi P49004
3. Siti Imzahwana bt. Abu Naim P48588

Tuesday, April 28, 2009

KEM BINA INSAN GURU II (KEM RIMBA, PULAU PANGKOR)


Sepanjang berada di Kem Rimba, Pulau Pangkor menjalani program Bina Insan Guru II, saya merasakan bahawa terdapat beberapa kekurangan pada diri yang perlu saya perbaiki. Antaranya ialah :

  1. kurang menekankan aspek ketepatan masa.

  2. kurang keyakinan diri (sehingga ada satu tahap merasakan hampir putus asa).
Bagi mengatasi masalah ini saya telah merancang pelan tindakan yang akan saya ambil iaitu :
  1. lebih cepat bertindak / bergerak sebelum bermulanya sesuatu program yang ingin dilaksanakan bagi menjamin ketepatan waktu dapat dijaga.

  2. kuatkan semangat diri. Tetapkan pada diri bahawa tiap apa yang dilakukan hakikatnyaada objektif dan matlamatnya yang tersendiri dan setiap insan itu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Pelan tindakan yang dibentuk berlandaskan matlamat untuk menjadi insan yang mementingkan ketepatan waktu serta mempunyai keyakinan diri untuk melakukan apa jua perkara. Perkara ini juga pada dasarnya mempunyai kaitan yang amat rapat dengan diri seorang guru. Amat penting bagi seorang guru untuk menghargai masa, baik untuk diri sendiri mahupun bersama para pelajar. Selain itu, keyakinan dalam diri pula menjadi penilaian terhadap ketrampilan dan kredibiliti seseorang guru di mata para pelajarnya.

(kuliah 2) PERJALANAN PROSES KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan di dalam pendidikan umumnya melibatkan proses mengenalpasti masalah yang berlaku di dalam bilik darjah sama ada pada diri para pelajar, suasana bilik darjah, mahupun pada diri guru sendiri. Setelah sesuatu masalah dikenalpasti, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan cara merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah tersebut, dan dikukuhkan dengan pembinaan matlamat dan objektif yang jelas sebagai garis panduan kepada kajian yang ingin dilakukan.

Pelan tindakan yang dibentuk hendaklah merangkumi aspek :
  1. Langkah-langkah yang ingin diambil.
  2. Perancangan untuk mengumpul data mengenai permasalahan tersebut.
  3. Cara untuk memantau semula perancangan yang telah dibuat.
  4. Bagaimana untuk menilai semula sama ada apa yang dirancang tercapai ataupun tidak.
Ini menunjukkan bahawa, proses kajian tindakan yang dilakukan tidak hanya melibatkan proses mengenalpasti masalah dan mencari jalan penyelesaian semata-mata. Ia juga turut melibatkan proses mengumpul data-data, memautau perjalanan kajian sama ada berjalan seperti yang dirancang ataupun tidak, dan juga menilai semula sama ada matlamat dan objektif kajian tercapai ataupun tidak.

Sesuatu kajian tindakan juga melibatkan proses pengulangan pemantauan dan penilaian sepanjang kajian dilakukan bagi memastikan sebarang kekurangan di dalam kajian dapat diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke semasa. ini bertujuan untuk penambahbaikan sebarang fakta yang terdapat di dalam kajian, atau mungkin bagi memastikan tiada sebarang kesalahan yang berlaku.

Sunday, April 26, 2009

(KULIAH 1) KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan merupakan satu proses yang melibatkan pencarian dan pengumpulan data-data mengenai sesuatu permasalahan yang timbul dan ingin dikaji dan seterusnya dianalisis data-data tersebut menjadi satu maklumat yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Suatu kajian tindakan bermula dengan timbulnya sesuatu masalah yan ingin dikaji, kemudian tinjauan kepustakaan dilakukan bagi memastikan bahawa masalah tersebut sudahpun dibuat kajian oleh orang sebelumnya ataupun belum. Selepas itu, barulah kajian secara lebih meluas dilakukan. Kajian tindakan melibatkan kajian secara pemerhatian, soal selidik, soal jawab, lapangan, kepustakaan, dan sebagainya.

Bagi tujuan penambahbaikan dalam dunia pendidikan, guru amat digalakkan untuk memperbanyakkan kajian tindakan terutamanya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain memastikan mutu pengajaran dapat dipertingkatkan, malah dapat membantu proses pembelajaran para pelajar iaitu dengan membuat kajian mengenai pelbagai cara untuk meningkatkan prestasi pelajar di dalam pelajaran misalnya.

Proses kajian ini tidak hanya melibatkan kajian secara individu semata-mata, malah ia boleh dilakukan secara berkumpulan mahupun berkelompok di antara guru dengan guru, sekolah dengan sekolah mahupun dengan pihak luar seperti pensyarah universiti dan sebagainya.

Antara contoh kajian tindakan yang boleh dilakukan oleh guru adalah mengenai bagaimana meningkat tahap pemahaman pelajar dalam memahami hukum tajwid al-Quran. Dimulakan dengan pencarian maklumat melalui kajian kepustakaan bagi mendalami masalah yang ingin dikaji serta melihat kajian-kajian sebelum ini jika ada yang berkaitan dengan tajuk sebagai rujukan dan maklumat tambahan.
Selain itu, masalah ini dapat dikenalpasti pada peringkat awal dengan melakukan soal selidik di kalangan pelajar untuk mengenalpasti tahap para pelajar di dalam hukum tajwid. Ia boleh dikukuhkan dengan penambahan maklumat dengan melakukan soal jawab terhadap para guru yang mengajar subjek berkenaan mengenai tahap para pelajar di dalam memahami dan mengaplikasikan hukum tajwid ketika di dalam pelajaran tilawah al-Quran.

Lebih bermanfaat sekiranya masalah yang timbul disertakan bersama cadangan penambahbaikan yang releven bagi membantu para guru serta pelajar mengatasi masalah tersebut. Ini merupakan suatu contoh umum berhubung tentang suatu sukatan pelajaran di dalam pendidikan Islam bagi subjek tilawah al-Quran di mana para pelajar akan dinilai tahap pengetahuan mereka mengenai hukum tajwid semasa sesi membaca ayat-ayat terpilih di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.